Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Jun-2008 22:17 Email | Share | | Bookmark
Rusdi & Wan Azizan (Wedding | Dewan Raja Lumu Shah Alam)

beautiful Azizan



Majlis ini berjalan lancar dengan meriah diselang seli dengan usikan manja teman rapat & sanak saudara yang membuatkan pasangan mempelai tersipu malu. Majlis meraikan pasangan mempelai ini diuruskan sendiri oleh keluarga Tuan Syed Abu, yang sudah seperti bapa sendiri buat Rusdi, atau nama timangannya, ToqD. Saya kagum dengan hubungan erat keluarga Tuan Syed dan ToqD. Di sepanjang pengalaman saya bertugas sebagai jurugambar rasmi untuk majlis-majlis keluarga ini sebelum ini, saya juga merasakan diri sudah seperti keluarga mereka sendiri, dengan keramahan dan kemesraan yang mereka tunjukkan.

Terima kasih sekali lagi buat Ainal & your family seluruhnya kerana mempercayai kami untuk merakamkan detik manis dan indah keluarga kalian. Semoga hubungan baik yang terjalin akan tambah mekar lagi, insya-Allah.

Ainal sedang sarat menantikan kelahiran bayi keduanya sewaktu majlis ini diadakan. Namun, ianya tidak menghalang Ainal untuk turut sama bersinsing lengan menguruskan persiapan untuk majlis ini, yang dapat kami saksikan sendiri pada malam sebelum majlis diadakan.

To Ainal & family, I hope you enjoy this few photos before I deliver the album soonest. We'll meet you again at Arissa's bday later yeah. Take care.

To all my viewers & other clients, sabarlah menanti gambar-gambar majlis perkahwinan yang akan dikemaskinikan di sini nanti. Tunggu taw.... almaklumlah kesibukan melanda diri... alhamdulillah...

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah


Saturday, 7-Jun-2008 02:11 Email | Share | | Bookmark
Twin Baby Rafiq & Raziq (Kenduri Kesyukuran | Rumah Atoq)

Raziq yg layu jek nak tido
mak aji, my late mom best friend n mak angkat
d bacaan yassin n doa
View all 13 photos...



Setelah diasak beberapa kali oleh Ibunya Twin, barulah dapat saya up kan gambar kenduri mereka nih kat sinih. huhu. Tuh pun lepas dapat curi masa sikit nih. Ye lah, bisnes bisnes gak, family sendiri kenalah jaga jugak.... heh. Sorry sis, lambat skit up gambar si twin nih kat sini.

Kenduri ini merupakan tanda kesyukuran & doa selamat bagi meraikan kelahiran cucu-cucu lelaki pertama dalam keluarga kami, melengkapkan kehadiran Aisyah sebagai ketua pasukan cucu-cucu Atoq Zali. haha. Kenalah sebut pasukan, memandangkan sekelip mata jek cucu-cucu my Abah dah ada 3 org semuanya.

Majlis nih dibuat sederhana, yang penting, niat tuh sampai, alhamdulillah. Masing-masing sangat excited dapat jumpa dan pegang sendiri twin baby nih. 1st time in our family to have a twin baby le katakan. So, teruja le sikit.

Setelah majlis tersebut, saya ada satu masalah yang tak dapat dielakkan. Tak dapat nak kenal pasti, mana satu Rafiq dan mana satu Raziq. huhu ahkak confuse le sangat.... So, kita biarkanlah Ibu & Ayahnya tgk gambar2 nih n identify sendiri which is which. hehe

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat new mom & dad, Yati & Fairuz, my ex-client & now friend for their newborn baby girl, Nur 'Ainul Imanina semalam, 6hb Jun 2008. Untuk mengimbau kembali, gambar sekitar majlis perkahwinan mereka ada di link ini. Jika berkesempatan, kami akan menjenguk baby comel tersebut dalam masa terdekat ini, insya-Allah. Ok, after this entry will be wedding entries. Stay tune, and drop your comments & feedback here, yeah.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah


Thursday, 29-May-2008 17:44 Email | Share | | Bookmark
Baby Mohd Afiq (Cukur Jambul | Kajang, SELANGOR)

kakak yg comei...
d happy family
d majlis cukur jambul yg penuh kesyukuran


Saya menghadiri majlis cukur jambul baby Afiq minggu lepas. Nak dijadikan cerita, rupanya Diana kenal rapat dengan teman-teman sekampus saya sewaktu di UPM Serdang dulu. Infact, hubbynya, was my junior in faculty. hehe. So, banyak le citer kuar pasal masa kat kampus dulu...

Di majlis tersebut, saya dapat saksikan suasana majlis yang berbeza sedikit jika dibandingkan dengan majlis yang pernah dihadiri sebelum ini. Marhaban kali ini dilagukan oleh para jemaah lelaki daripada masjid berdekatan. Dihadiri oleh seluruh ahli keluarga terdekat, majlis penuh kesyukuran ini berlangsung dengan lancar. Cuma baby Afiq je yang nangis tanpa henti di waktu cukur jambul berlangsung. Cian dia, tapi comei, time mama dia dukung je, terus senyap. hehe.

Congrats to Diana, hubbynya Ajaq & seluruh ahli keluarga di atas majlis ini. Dan, terima kasih diucapkan kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama berkongsi detik indah ini. Diharap sabar menanti, koleksi penuh untuk Diana & keluarga akan siap tak lama lagi dah nih. Will buzz you on that.

Take care & Lets Celebrate Luv,
Siti Ruzaimah


Monday, 26-May-2008 16:36 Email | Share | | Bookmark
Syahiran & Mariam (Wedding | Sg Petani KEDAH)

pengantin baru... mariam
detik bergelar isteri
mendebarkan
View all 10 photos...


Tentu ramai yang nak tengok gambar Fotopages Kids Gathering ye, photos can be viewed at http://fotokids.fotopages.com taw... Kalau sempat nanti saya upload skit personal collection kat sini kay...

And yeah, hari-hari jadual yang padat kini bermula. Ada banyak entry nak kena update, apa kata kita update yang nih dulu lah yea, ikut mood skrg nih, sebab nih musim cuti sekolah nih, banyak le yang d jemput, menjemput ke majlis perkahwinan kan...

We were there to witness & be d official photog for d wedding of my cousin, Siti Mariam & Syahiran. Alhamdulillah, semua dah selamat. The larger size photos above taken earlier today. Yep, today, we just arrived in KL from Kedah, terus pilih-pilih and upload these few first to be shared. These taken from Zaiful's camera. Cun lah.... hehe, sapa lagi nak puji kan.. ahaha

Memang hangat time shooting nih. Panas nye tak hengat... Tp, sesi fotografi berjalan lancar, pengantin steady jek.. kitorg pon senang le nak wat kerja kan... Dijadikan citer, bendang terletak kiri kanan main road ke Pantai Merdeka, kereta lalu-lalang dah hon-hon, syok tgk pengantin berposing sakan dlm bendang, siap ada yang hon angkat tangan... cheh! Mcm kenai kan... huhu.. mcm artis le kejap tadik.. hehe

Mariam & hubby tgh sibuk nih utk persiapan majlis bertandang di Kelantan pula hujung minggu ini. So, next week baru dia bleh tgk gmbr dia kat sinih.. hehe. Selamat pengantin baru dpd kami, semoga berbahagia selalu hendaknya...

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah


Wednesday, 14-May-2008 16:46 Email | Share | | Bookmark
Putera Rayyan (Cukur Jambul | Setapak)

nangis d kala kena sayang
dlm buaian pun nangis gak
masa cukur jambul pon nangis.. hehe
Salam, I am currently extremely busy with this weekend BIG project. So far, all of the preparations goes as planned, thanks to the great helps & supports from the organizing partner, team and participants. Counting days and seconds to meet all of you.. Be there in time.. And yeah, to the sponsors too, ASTRO, Karang Kraf and Nestle! Million thanks from all of us....

While I'm busying around with this activity, I'm not forgetting my normal routine and passion, photographing people & events. In this photographs shown few portrait of baby Rayyan at his cukur jambul event recently. The moment I stepped in the house, I was amazed by the white color-garden-cradle where baby Rayyan was slept in. I'm gonna have the same for mine in the future.. huhu.

Rayyan looks so pamper, as he had been crying for his mom during the event. I purposely put up his cry out photos here. Coz he looks cute and when the mother hugs & kiss him... he'll stop crying.. See... so pampered one.. And yeah, Rayyan is the 4th boy in the family... all the boys are so cute... I wish I'd have one.. in the future too. hehe

Another full moon event coming up soon, the twin baby, stay tune



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net