Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Saturday, 10-May-2008 03:30 Email | Share | | Bookmark
Kaseh (Majlis Cukur Jambul | Bdr Tun Hussein Onn)

kaseh norkamila yg lena d ulik mimpi indah
d hari cukur jambulnya
and her darling big sister
View all 5 photos...

Salam,

Majlis ini merupakan majlis istimewa buat saudari Tatie & suami, sempena meraikan majlis kesyukuran dan cukur jambul dua orang puteri kesayangan mereka. Tatie pada majlis ini, masih dalam tempoh berpantang, nampak ayu raut wajah keibuannya. Si kecil tidur lena diulit mimpi sambil sesekali mengusik-usik head band di kepalanya dengan tangannya yang bersarung comel itu. Manakala kakaknya, tersenyum simpul tatkala lensa kamera dihalakan kepadanya. Pada pertengahan majlis, si kakak menuruti adiknya tidur lena dibuai bait-bait marhaban. Terharu saya mendengar bait-bait doa dan marhaban yang dilagukan. Terdetik perasaan keibuan, bermain diingatan saya pada arwah ibu.

Pada saat upacara cukur jambul, Tatie mendukung sikecil, manakala nendanya mendukung sikaklong. Kedua-dua puteri ini lena dibuai marhaban. Comel jek sikaklong dengan jambul tocang dia tuh. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Buat Tatie & keluarga, terima kasih kerana menjemput saya untuk bertugas di majlis yang penuh bersejarah ini. Semoga, kalian berbahagia membesarkan puteri-puteri yang comel ini ye.

Selamat Hari Ibu,
Siti Ruzaimah


Friday, 2-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mama, Kaulah Ratu Hatiku (Hari Ibu | Sedunia)

my oh my
sweetheart
comei
View all 4 photos...


Salam,

Gambar-gambar on camera b&w ini dirakamkan baru-baru ini je. Spontaneous pose from Aisyah & mama nya. Aisyah nih, kalau kena mood dia, macam-macam memek muka dia boleh buat. haha. Dah besar dah baby kecil mama nih...

Seperti yang ramai sedia tahu, bulan Mei adalah merupakan bulan yang istimewa untuk ibu-ibu seluruh dunia. Ya, untuk menghargai ibu kita, tak semestinya kena tunggu Hari Ibu kan. Dan ya, sekurang-kurangnya dengan adanya hari istimewa untuk ibu, ianya menjadikan penghargaan untuk ibu lebih istimewa.... Apa perancangan anda untuk ibu? Bukan sambutan tuh yang lebih utama, hargailah ibu kita seikhlasnya, ye.

Saya? Saya senantiasa mendoakan roh ibu saya aman disisiNya, amin.. Bila saya rindu kepadanya, siapa lagi pengubatnya, Aisyah lah... Hidup kita nih bagaikan roda, saya selalu terbayangkan saat-saat membesarkan Aisyah.. bagaimanalah mama saya membesarkan kami adik-beradik dulu. Oh, sungguh syahdu lah kalau terkenang.

Hidup ini diteruskan. Dan semestinya, saya amat bersyukur kerana saya ada ramai "ibu" tempat saya mengadu, yang bagaikan ibu saya sendiri, mak ngah, cu ina, makcik norma... dan tak lupa, mak saya... my MIL. Semoga mereka semua sihat sejahtera selamanya, amin.

Oh yea, kebetulan, bulan Mei ini juga, majoriti tugas fotografi yang bakal diusahajayakan oleh saya berkisar tentang pertalian ibu dan anak. Ada cukur jambul, aqiqah, dan semestinya, kids gathering. Penutup untuk bulan ini pula akan penuh dengan majlis perkahwinan... Tunggu taw.

Selamat Menyambut Hari Ibu Sedunia!

Luv,
Siti Ruzaimah


Sunday, 27-Apr-2008 18:21 Email | Share | | Bookmark
Ecah Fun Time (Ofis Mama Carnival Day | Bukit Jalil)

me n ecah

Salam,

My office where I work is organizing a Family Carnival day last weekend. It was a fun wonderful day for d lil one. Can describe it from the face expression. She was full of energetic and lots of fun; had take a ride of all the games there, including the super power ride on the UFO-look a like coster game. Supposedly, kids at her age should not allowed to play the game. Tapi, dia nak jugak! ha... after took the ride, pucat dia, baru kata "takut jugak kan Mama.." huhu.

After that, she took a ride on the "train" until 4 rounds, fenin ahkak.... okeh nak menunggu... Budak-budak... mcm tuh le kan. Balik rumah, takde mende lain, sambung nyanyi plak sebab terlalu happy sangat. Dok tanya, bila lagi ofis mama nak buat fun fair.

Ok, start weekend yang dtg nih, I'm gonna be really busy around with photography assignments and my Fotokids Gathering project. Stay tune for more photographs to share with you all.

Lets Celebrate Love,
Siti Ruzaimah Ghazali


Wednesday, 23-Apr-2008 09:36 Email | Share | | Bookmark
Adilla & Erry (Engagement | Wangsa Maju, KL)

menjejaki cinta


Salam,

Majlis pertunangan Adilla & Erry berlangsung dengan sederhana namun penuh keceriaan. Berseri-seri macam majlis perkahwinan betul-betul. Dengan pasangan tunangan berbaju sedondon macam dah nak nikah, kedua bakal besan dan kaum keluarga juga berwarna sedondon... best!

Thanks to Adilla & Erry kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk merakam memori indah ini. Insya-Allah, seperti yang dirancang, we'll meet again soon in your wedding assignment.

To my fren Zizie, thanks for recommending me to Adilla ye. Nanti, recommend lah lagi raaaaaaaaaammmaiiiii lagi taw.....

K, all, enjoy the photos.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah Ghazali


Monday, 21-Apr-2008 16:08 Email | Share | | Bookmark
Ecah & Wana (Lil Girl in Action | Tmn Tasik Titiwangsa)

best friend

Salam,

Secara amnya, kanak-kanak kecil nih, sangat-sangat jujur, dan emosi yang terpancar pada wajah mereka, benar-benar datang daripada jiwa mereka. Itulah yang membuatkan saya berasa seronok merakamkan gelagat mereka dengan lensa kameraku.

Ini adalah sebahagian dpd aksi dua orang puteri comel merangkap semut merah kami ni; Ecah & kawan baiknya, Wana.. Bukanlah selalu mrk berdua nih d ketemukan. Tapi, once meet up, mak ai.. mcm close sangat le kan... Aisyah semenjak dah g pre-school nih, terserlah another side of her - lebih responsible, dan akan fikir dulu baik buruk sebelum buat sesuatu. Macam seorang kakak pun ada reaksinya.. hehe. Comel - well, sapa lagi nak puji anak sendiri kan.. Oh yea, myself & Mama Wana; Norli were there to have a short discussion bout the FP Kids Gathering and do some melawat kawasan di sekitar lokasi yang dikenalpasti. Photos taken to be shared with the event participants.

Mencabar sikit organise event nih, namun, berbekalkan pengalaman.. dan jati diri saya (che wah..) yang memang sukakan cabaran... Alhamdulillah, setakat ini, semua berjalan dengan baik disertai sokongan padu oleh rakan-rakan FP lain; the Super Moms & Iron Lady.. Thanks in advanced ladies..!

To all my beloved viewers, wishing us success yeah... More info. on d gathering, click at http://fotokids.fotopages.com

While you browsing there, stay tune at this space, more cheerful n colorful photos to be updated soon.

Lets Celebrate Luv!
Siti Ruzaimah Ghazali


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net