Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jan-2008 17:58 Email | Share | Bookmark
Amy & Lea (Nikah | Kota Tinggi, Johor)

Amy
terima nikah
Lea
kujanji
akan mencintaimu selamanya
kau tetap milikku
merenung jauh lagi perjalanannya

Salam,

1st time saya bergilir-gilir dengan hubby drive jauh sampai ke Kota Tinggi, Johor. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Majlis kali ini adalah majlis yang kedua yang kami ditugaskan untuk family ini selepas majlis adik pengantin lelaki dilangsungkan pada tahun lepas di Shah Alam. Terkial juga kami drive jauh-jauh ikut map, akhirnya, sampai juga ke Kota Tinggi....

Nama panggilan pengantin nih memang unik; pengantin lelakinya Amy dan pengantin perempuannya Lea. Kalau combine kan jadilah ia Amylea? huhu... Majlis akad nikah pengantin ini diselangselikan dengan gelak ketawa ahli keluarga dan tok kadi melihatkan keletah Amy. Dah la tayar pancit masa on the way ke tempat nikah, ada pulak rombongan kereta pihak lelaki yang sesat, secepat kilat Amy bersiap dengan kain songketnya, macam dia pulak yang nak nikahkan tok kadi! hehehehe

Sepantas kilat juga, tanpa sesi cubaan, Amy melafazkan akad nikah bertentang mata dengan tok kadi. Semua yang ada disitu tergelak sakan melihatkan apa yang berlaku. Segalanya serba pantas, sesi penyerahan kuasa wali, sesi bacaan takliq, sesi penyerahan wang mas kahwin, sarung cincin, dan selesai semuanya tak lebih setengah jam! huhu

Apa pun, kami mengucapkan Tahniah buat Amy dan Lea sekeluarga. Selamat Pengantin Baru... nantikan lebih banyak gambar untuk tatapan ye...

Take care,
Siti


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net