Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Mar-2008 04:07 Email | Share | Bookmark
Puteri Norizzan & Mohd Supian (Akad Nikah | Pandan Mewah, KL)

rias indah dirinya bagaikan puteri
dsatukan dua hati mrk
bersama berdua
harungi hujan & panas bersama
setia berdua dgnnya
raikan cinta

Salam,

Berlangsung pada 8hb Mac 2008, just a walking distance dpd pusat undian Tmn Bkt Teratai, Pandan Mewah, Puteri Norizzan & Mohd Supian selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah di rumah keluarga Puteri. Merupakan graduan Multimedia University, Puteri bertemu putera idamannya sewaktu bertugas di sebuah pusat konvensyen ternama di ibu kota. Cinta yang berputik disemaikan dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi sehingga terdirinya mahligai indah berdua. Tahniah di ucapkan.

Di awal majlis, Puteri yang cantik manis ini dan putera idamannya tampak malu-malu untuk merakamkan detik indah mereka berdua. Namun, dengan keramahan dan sedikit pengalaman, sesi fotografi dapat disudahkan dengan jayanya. Puteri & putera ini pula yang dah mula pop up dengan idea sendiri untuk rakaman gambar yang menarik. Thanks Puteri & Pian. Dan semestinya, pada kaum keluarga dan sahabat handai kalian berdua juga, thanks a lot.

Kirim salam pada kawan-kawan & sanak saudara ye.

To all my viewers, enjoy the photos, we are out for another event, dun forget, Lets celebrate love!

Take care all & Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net