Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-May-2008 03:30 Email | Share | Bookmark
Kaseh (Majlis Cukur Jambul | Bdr Tun Hussein Onn)

kaseh norkamila yg lena d ulik mimpi indah
d hari cukur jambulnya
and her darling big sister
d iringi doa dan marhaban
d aminkan seluruh ahli keluarga n sanak saudaranya..

Salam,

Majlis ini merupakan majlis istimewa buat saudari Tatie & suami, sempena meraikan majlis kesyukuran dan cukur jambul dua orang puteri kesayangan mereka. Tatie pada majlis ini, masih dalam tempoh berpantang, nampak ayu raut wajah keibuannya. Si kecil tidur lena diulit mimpi sambil sesekali mengusik-usik head band di kepalanya dengan tangannya yang bersarung comel itu. Manakala kakaknya, tersenyum simpul tatkala lensa kamera dihalakan kepadanya. Pada pertengahan majlis, si kakak menuruti adiknya tidur lena dibuai bait-bait marhaban. Terharu saya mendengar bait-bait doa dan marhaban yang dilagukan. Terdetik perasaan keibuan, bermain diingatan saya pada arwah ibu.

Pada saat upacara cukur jambul, Tatie mendukung sikecil, manakala nendanya mendukung sikaklong. Kedua-dua puteri ini lena dibuai marhaban. Comel jek sikaklong dengan jambul tocang dia tuh. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Buat Tatie & keluarga, terima kasih kerana menjemput saya untuk bertugas di majlis yang penuh bersejarah ini. Semoga, kalian berbahagia membesarkan puteri-puteri yang comel ini ye.

Selamat Hari Ibu,
Siti Ruzaimah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net