Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Jun-2008 01:27 Email | Share | Bookmark
Faizal & Ain (Engagement | Tanjung Karang SELANGOR)

kau miliknya


Kami datang lagi ke Tanjung Karang. Kali ini, untuk merakamkan detik ikatan pertunangan di antara Ain dan Faizal. Kali ni takde sawah padi, sebab rumah dalam kawasan kebun. Best, memang terasa bagai pulang ke kampung halaman sendiri. Hanya jalan dalam kampung je menghala ke rumah Ain. Saya mengambil peluang berjalan kaki sahaja ke rumah Ain daripada simpang rumah depan, kira-kira 50 meter. Best jugak, sebab rasa macam berjalan raya di kampung halaman le pulak... dengan suasana keliling damai selepas hujan renyai. Sesampai di rumah Ain, haruman masak lomak cili padi dah menangkap deria hidu ku. Aduhai, sungguh enak bau dia....

Majlis berlangsung dengan sederhana dan penuh doa dan kesyukuran, dan Ain selamat ditunangkan dengan Faizal sebaik sahaja selesai solat Zuhur diazankan. Disertai dengan sesi bergambar, jamuan ringkas dengan lauk pauk secara buffet di ruang kanopi dikelilingi kehijauan kampung meraikan tetamu dan rombongan meminang.

Norlie pun ada sama di majlis ini, dia yang kenalkan saya dan Ain. Thanks again Norlie. Walaupun, anak-anak kita tuh yang terlebih meriah di majlis orang. haha

Buat Ain & Faizal, tahniah, dan tabahlah mengharungi kemanisan dan segalanya di alam pertunangan ini. Semoga selamat segalanya, dan berbahagia jodoh berpanjangan ke jinjang pelamin, amin.

Take care all.

Fakta Majlis
Majlis: Pertunangan
Pasangan: Nurul Aini & Faizal
Tarikh: 8 Jun 2008
Lokasi: Bernam, Tanjung Karang Selangor

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net