Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 03:37 Email | Share | Bookmark
Mazlin Haznee (Malam Berinai | Kg M'sia Tambahan)

so adorable




Salam. Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga Mazlin sahaja. Saya terpegun dengan haruman semerbak bunga-bunga segar yang tergubah rapi disuatu sudut kediaman keluarga ini sebaik sahaj saya menjejakkan kaki ke ruang utama. Tambahan lagi, pelamin yang terhias indah bak dalam taman. Kehadiran saya disambut oleh adik Mazlin, katanya Mazlin sedang bersiap di bahagian atas kediaman tersebut. Lalu jari jemari saya dengan pantas merakamkan sudut menarik ruang utama yang meletakkan pelamin tersebut.

Kali pertama saya melihat tepak sireh air mawar utk merenjis pengantin dalam reka bentuk sebegitu rupa. Siap berlampu dan bagai sebuah pohon kristal keemasan. Saya kagum.

Mazlin menyapa saya yang sedang asyik click sana sini dengan persalinan berinai yang pertama, songket kebaya berwarna unggu gelap. Dalam hati saya, "manis orangnya, bertuah si suami." Lalu saya mengusik Mazlin, "raut wajah you mcm artis lah... erm.. mcm Noni AF5 pun ada... huhu" Teman rapatnya juga tidak melepaskan peluang merakamkan dan bergambar bersama pengantin baru ini. Mazlin sudahpun selamat diijabkabulkan dengan suaminya pada petang tersebut.

Sebanyak 4 persalinan digayakan oleh Mazlin; kebaya, sari, kebaya Indonesia, dan evening gown. Hanya aksi yang bertudung sahaja dapat saya paparkan di sini, di atas permintaannya. Sorry guys, amanah perlu dijaga.

Fakta Majlis
Majlis : Berinai
Pasangan Pengantin: Mazlin Haznee & Halian Fadzli Shah
Andaman: Mazlin Haznee (d bride herself)
Tarikh: 28 Jun 2008
Lokasi: Kg Malaysia Tambahan, KL

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net