Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Aug-2008 13:36 Email | Share | Bookmark
Damia & Daniel (Cukur Jambul | Bdr Tun Hussein KL)

kasih ibu
membawa ke syurga


Ini merupakan majlis cukur jambul terakhir saya cover, sebelum kita semua menyambut bulan Ramadhan. Next cukur jambul event I'll cover would be after Aidilfitri nanti.

Baby comels nih namanya Daniel Aysraf Mohd Fazlee, dan kakaknya yang sweet sangat, namanya Aira Damia Mohd Fazlee. Saya suka konsep hiasan untuk buaian cukur jambul nih, oleh De Bunga Decor. Berkonsepkan taman kecil yang comel, majlis diserikan dengan bacaan suci Al-Quran, marhaban dan doa. Jiran tetangga, sanak-saudara dan sahabat handai hadir memeriahkan lagi majlis.

Daniel diam jer masa naik buai tuh, while Damia comel jer tlg buaikan adiknya. At this time, tersentuh hatiku. Teringat kat my Aisyah yang dah bertahun-tahun lonely tanpa adik. Dan part yg paling menusuk hati & naluri keibuanku adalah, part syair pengorbanan ibu dan nasihat buat bayi di dalam buaian oleh kumpulan marhaban. Hampir kesemua wanita & ibu di situ menitiskan air mata, termasuklah camera lady yang dah sok sek menahan sebak. Masuk kali nih, tah berapa kali dah saya ikut syahdu time cover majlis; baik majlis nikah or, majlis cukur jambul.

Semoga Damia & Daniel membesar dengan sihat menjadi anak-anak yang soleh & solehah yang berjaya duni akhirat, amin.

Ceria Selalu,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net