Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR)

By: Siti Ruzaimah Ghazali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Nov-2008 15:51 Email | Share | Bookmark
Nadia & Wan (Bertandang | Hutan Melintang, PERAK)

 
 
 
 

Majlis bertandang ini kami kembali ke Tanjung Karang lagi. Padi sedang menghijau, sayup mata memandang. Tak sangka rupanya Hutan Melintang nih, merupakan sebuah daerah yang rata-rata penduduknya berkeluargakan saudara-mara di sekitar Tanjung Karang dan Sg Besar. Cuma bezanya, Hutan Melintang nih, dipenuhi ladang kelapa sawit dan terletak dalam negeri Perak. Tak jauh sebenarnya dpd Sg Besar, Selangor.

Ok, tuh serba sedikit ttg tempat ini yg kali pertama kami jejaki. Ttg majlis pula, budaya memeriahkan majlis juga hampir sama spt yg dpt di lihat di Tanjung Karang; jam 3 petang majlis dah hampir selesai. Kalau kat KL, sampai jam 6 ptg pon belum tentukan. Yg nih, tidak. Tetamu akan dtg memeriahkan majlis meramaikan seawal jam 11 pagi sehingga jam hampir 3 petang. Memang ramai. Jadi, sewaktu pengantin tiba bersama paluan gendang & kompang, keadaan tetamu pada waktu itu, sungguh ramai dan meriah. Hampir kebanyakan tetamu akan memastikan utk menyaksikan pengantin berarak masuk, duduk di pelamin, dan makan adab-adab.

Satu lagi pengalaman baru buat kami. Terima kasih buat pasangan pengantin Nadia & Wan serta seluruh sanak saudara yg telahpun kami kenali daripada majlis akad nikah lagi. Ramah-tamah orangnya.

Jadi, sesi penggambaran di luar di adakan di ladang kelapa sawit yg juga terletak dibelakang rumah mempelai. Luas terbentang ladangnya, yg diusahakan oleh mrk.

Saya seronok dpt belajar budaya baru ataupun cara hidup yg jarang2 dpt saya lihat dan rasai sendiri. Jadi, sedikit sebyk, bila jauh berjalan ke tempat-tempat sebegini utk merakamkan detik2 penting dlm hidup mrk, saya rasa bertuah dpt menimba banyak pengalaman.

Okay, sekarang nih, bz mode, jadi, saksikan dulu gambar2 ini ye. Berderet lagi gambar2 majlis lain akan d kemaskinikan d sini. Nantikan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakan sekalung Tahniah buat rakan yg saya kenali melalui komuniti Fotopages; NN http://e-nadd.fotopages.com yg akan terbang ke UK tidak lama lagi bagi menyambung pengajian nya. Tahniah, dan as I said, "Takes great photos... for me.... hehehe". NN pergi nak study course lain sebenarnya, saya yg teruja, memandangkan skrg kan tgh nak masuk Autumn

Harap anda suka gambar kali ini, sebrg komen, sila berikan utk saya perbaiki lagi d masa depan.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net