Kids, Babies, Family, Wedding Photographer (KUALA LUMPUR) - - Fotopages.com
Siti Yasmin Sahan & Hurairah (Wedding Reception | PULAPOL)
Cak! inilah koleksi yang dapat dipaparkan untuk dikongsi bersama-sama di sini. Gambar-gambar sekitar majlis resepsi & outdoor di Taman Tasik Titiwangsa. I really enjoyed myself with these people around me. Min & hubby super sporting , memudahkan tugas-tugas mencandid dan merakamkan aksi mereka. Dan tak lupa, adik-beradik, sepupu dan kawan yang amat happening join sekali masa outdoor tuh. Korang memang happening okeh, sampai dalam hujan lebat pun leh kuar idea shooting ala Hindustan.
LOL
Thanks to Min & the whole family for this moment & experience. Tak lekang gelak ketawa senyum dibibir di majlis ini. Semoga kebahagian & keceriaan akan sentiasa begini sampai bila-bila buat you all, amin.
Kita jumpa lagi di majlis weekend nih, ye. Enjoy viewing the photos.........
Raikan Cinta,
Siti Yasmin Sahan & Hurairah (Nikah | PULAPOL Jln Semarak KL)
Tahniah buat Min & Angah, semoga berbahgia ke akhirnya. Kali ini majlis ini diadakan di dalam kawasan perumahan anggota Polis (PDRM) di Jalan Semarak, KL. Nanti gambar-gambar di upacara majlis persandingan yang belangsung selepas jemaah selesai solat zuhur. Terima kasih buat kalian sekeluarga, esp. Zarul kerana memberikan peluang ini.
Nantikan gambar-gambar di upacara persandingan ye dan semestinya, gambar sesi outdoor di sebuah lokasi yang menarik, di dalam hujan
Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah :->
Puteri Arissa Zainab (Bday Party | Shah Alam)
This cute little girl name is Puteri Arissa Zainab, everyone favourite lah kiranya nih. Memang comel, dan petah berkata-kata walaupun baru je genap umur 2 tahun pada majlis ini diraikan. We covered her 1 year old bday party last year. Thanks to Ainal kerana masih sudi memberikan peluang ini buat saya kesekian kalinya.  :-D
Best party nih. Sampaikan saya pun terkejut tetiba ada maskot Elmo yg saiznya lebih besar & tinggi dpd saya datang buat surprise kat bday girl! Semua org dlm rumah terkejut okeh... hehe It was fun & joyful evening lah..... Ada games for d kids.... n gift they won.. terasa mcm nak jadik kids semula!  ;-)  Foods were super delicious. Mengenyangkan, dan kek sculpture Elmo & Sesame Street  Friends... sungguh lazat.
Arissa nampak sangat dah grown up compared to the day I 1st met her during her bday party last year. This year dgn jalan ke sana ke mari, mulut petah berkata-kata.... dan yg penting, pandai nyanyi lagu Elmo, menari & posing!  :->
Ye ar, dah nak jadi big sister... Ainal sedang menghitung hari utk kelahiran adik Arissa. Semoga semuanya selamat nanti... insya-Allah.
K, enjoy the photos.
Raikan Cinta & Kasih Sayang,
Faizal & Ain (Engagement | Tanjung Karang SELANGOR)
Kami datang lagi ke Tanjung Karang. Kali ini, untuk merakamkan detik ikatan pertunangan di antara Ain dan Faizal. Kali ni takde sawah padi, sebab rumah dalam kawasan kebun. Best, memang terasa bagai pulang ke kampung halaman sendiri. Hanya jalan dalam kampung je menghala ke rumah Ain. Saya mengambil peluang berjalan kaki sahaja ke rumah Ain daripada simpang rumah depan, kira-kira 50 meter. Best jugak, sebab rasa macam berjalan raya di kampung halaman le pulak... dengan suasana keliling damai selepas hujan renyai. Sesampai di rumah Ain, haruman masak lomak cili padi dah menangkap deria hidu ku. Aduhai, sungguh enak bau dia....  ;-)
Majlis berlangsung dengan sederhana dan penuh doa dan kesyukuran, dan Ain selamat ditunangkan dengan Faizal sebaik sahaja selesai solat Zuhur diazankan. Disertai dengan sesi bergambar, jamuan ringkas dengan lauk pauk secara buffet di ruang kanopi dikelilingi kehijauan kampung meraikan tetamu dan rombongan meminang.
http://shafieza.fotopages.com(Norlie) pun ada sama di majlis ini, dia yang kenalkan saya dan Ain. Thanks again Norlie. Walaupun, anak-anak kita tuh yang terlebih meriah di majlis orang. haha  LOL
Buat Ain & Faizal, tahniah, dan tabahlah mengharungi kemanisan dan segalanya di alam pertunangan ini. Semoga selamat segalanya, dan berbahagia jodoh berpanjangan ke jinjang pelamin, amin.
Take care all.
Raikan Cinta,
Syed Abdullah Mutalib Al-Attas & Hafiza (Wedding, MELAKA)
Majlis kali ini di Bukit Katil, negeri Melaka. Saya amatla suka citanya buat job kat tempat sendiri nih kan.  :-)  Majlis menyambut menantu ini diadakan dengan sederhana dalam kemeriahan sanak saudara kaum keluarga Syed yang nampaknya sungguh ramah melayan tetamu yang hadir dan menyambut keluarga besan dan menantu, saudari Norhafiza. Terdapat beberapa perkara unik pada majlis ini. Di antaranya, terdapat sekurang-kurangnya 4 jenis air yang dijamu, iaitu, air sirap merah, air oren, air asam boi, dan air sirap hijau. Pulut kuning dan wajik disusun tiga tingkat berbentuk bintang, dan suasana dalam taman untuk kanopi santapan pengantin dan keluarga rapat.
Terima kasih kepada keluarga Syed, terutamanya bondanya, Y.M. Raja Fadzelun Raja Fadzil di atas keramahan dan layanan yang diberikan. Sungguh besar keluarga ini. Ramah tamah pula orang-orangnya. Dan, keluarga Syed nih, memang pantang jumpa kamera. Senang je nak minta mereka berikan aksi untuk kenangan. Happening lah!
Upcoming next is, engagement event in Tanjung Karang, stay tune!
Raikan CInta,
Rusdi & Wan Azizan (Wedding | Dewan Raja Lumu Shah Alam)
Majlis ini berjalan lancar dengan meriah diselang seli dengan usikan manja teman rapat & sanak saudara yang membuatkan pasangan mempelai tersipu malu. Majlis meraikan pasangan mempelai ini diuruskan sendiri oleh keluarga Tuan Syed Abu, yang sudah seperti bapa sendiri buat Rusdi, atau nama timangannya, ToqD. Saya kagum dengan hubungan erat keluarga Tuan Syed dan ToqD. Di sepanjang pengalaman saya bertugas sebagai jurugambar rasmi untuk majlis-majlis keluarga ini sebelum ini, saya juga merasakan diri sudah seperti keluarga mereka sendiri, dengan keramahan dan kemesraan yang mereka tunjukkan.
Terima kasih sekali lagi buat Ainal & your family seluruhnya kerana mempercayai kami untuk merakamkan detik manis dan indah keluarga kalian. Semoga hubungan baik yang terjalin akan tambah mekar lagi, insya-Allah.
Ainal sedang sarat menantikan kelahiran bayi keduanya sewaktu majlis ini diadakan. Namun, ianya tidak menghalang Ainal untuk turut sama bersinsing lengan menguruskan persiapan untuk majlis ini, yang dapat kami saksikan sendiri pada malam sebelum majlis diadakan.
To Ainal & family, I hope you enjoy this few photos before I deliver the album soonest. We'll meet you again at Arissa's bday later yeah. Take care.
To all my viewers & other clients, sabarlah menanti gambar-gambar majlis perkahwinan yang akan dikemaskinikan di sini nanti. Tunggu taw.... almaklumlah kesibukan melanda diri... alhamdulillah...
Raikan Cinta,
Twin Baby Rafiq & Raziq (Kenduri Kesyukuran | Rumah Atoq)
Setelah diasak beberapa kali oleh Ibunya Twin, barulah dapat saya up kan gambar kenduri mereka nih kat sinih. huhu. Tuh pun lepas dapat curi masa sikit nih. Ye lah, bisnes bisnes gak, family sendiri kenalah jaga jugak.... heh. Sorry sis, lambat skit up gambar si twin nih kat sini.
Kenduri ini merupakan tanda kesyukuran & doa selamat bagi meraikan kelahiran cucu-cucu lelaki pertama dalam keluarga kami, melengkapkan kehadiran Aisyah sebagai ketua pasukan cucu-cucu Atoq Zali. haha. Kenalah sebut pasukan, memandangkan sekelip mata jek cucu-cucu my Abah dah ada 3 org semuanya.  :->
Majlis nih dibuat sederhana, yang penting, niat tuh sampai, alhamdulillah. Masing-masing sangat excited dapat jumpa dan pegang sendiri twin baby nih. 1st time in our family to have a twin baby le katakan. So, teruja le sikit.
Setelah majlis tersebut, saya ada satu masalah yang tak dapat dielakkan. Tak dapat nak kenal pasti, mana satu Rafiq dan mana satu Raziq. huhu ahkak confuse le sangat....  :P So, kita biarkanlah Ibu & Ayahnya tgk gambar2 nih n identify sendiri which is which. hehe
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat new mom & dad, Yati & Fairuz, my ex-client & now friend for their newborn baby girl, Nur 'Ainul Imanina semalam, 6hb Jun 2008. Untuk mengimbau kembali, gambar sekitar majlis perkahwinan mereka ada di link http://ladyct.fotopages.com/?entry=1266147&back=http://ladyct.fotopages.com/(ini). Jika berkesempatan, kami akan menjenguk baby comel tersebut dalam masa terdekat ini, insya-Allah. Ok, after this entry will be wedding entries. Stay tune, and drop your comments & feedback here, yeah.
Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
Mohd Hanapi & Intan Yusmahani (Wedding | Taiping, PERAK)
Ini adalah sebahagian dpd foto yang dirakamkan sewaktu sesi outdoor di Taman Tasik Taiping sesudah majlis perkahwinan merangkap bertandang di sebelah keluarga AP di Taiping. Sesi ini diadakan just right in time after the heavy rain in Taiping stopped. Jadi, memang tak ramai sangat orang di awal-awal sesi ini diadakan di sana. Ketika kami hampir beredar, kelihatan lebih ramai orang di sekeliling, termasuklah yang bersorak tengok pengantin baru berposing sakan, ada yang beriadah, dan juga ada juga beberapa pengantin yang lain yang baru tiba bersama kumpulan fotografi msing-masing. Wah, kira popular lah tasik nih ye.... Sib baik kami bergerak dpd rumah pengantin masa hujan masih lagi menyimbah bumi, sampai je hujan dah reda sikit, org tak ramai dan terus mulakan sesi. So, tak perlu berebut lokasi dengan orang lain.  :->
Saya kagum dengan tasik nih. Memang unik. Bukit bukau di bahagian belakang tasik, pohon-pohon rendang yang meleret ke bumi dan hampir mencecah permukaan tasik, memang saya terpegun kerana itu kali pertama saya melihat dan menjejakkan kaki di sana.
Di sini, saya hanya sertakan beberapa sahaja foto untuk tatapan bersama. Memandangkan ramai yang tak berapa ber'mood' hari ni, sebab kena 'tolak' keta dan motor kan, semalam tak sempat refuel minyak? hehe sabar yeop sabar...  ;-)
Juga, gambar didalam thumbnail adalah gambar berkumpulan di rumah mempelai bersama geng KAERatics & keluarga teman rapat AP, iaitu Zarul, yang datang all the way from Kuala Lumpur utk majlis ini. Yeah, kami (I'm one of the "geng" member too.. huhu  :P ) memang happening orang nya, ye.
Okay, hope you all enjoy viewing the photos, nanti saya update kan photo daripada majlis-majlis lain yang ditugaskan baru-baru ini juga, ye. Just came back from a wedding event in Muzium Shah Alam last night huh, macam tak percaya, ye, straight 2 weeks non stop event macam nih. Alhamdulillah, rezeki. This weekend I'll be in Malacca & another one more last one for the school break wedding season, in Tanjung Karang Selangor, insya-Allah.
Take care of yourself, drop your comment & feedback here yeah. Terima kasih.
Raikan Cinta,
Mohd Hanapi & Intan Yusmahani (Wedding | Simpang Pulai, PERAK)
Rasa macam baru je mengharungi traffic jammed yang teruk dpd utara menghala ke tol Jelapang semlm. Namun segala kepenatan & kelesuan itu terubat dengan kepuasan terhadap hasil penggambaran fotografi majlis perkahwinan Mohd Hanapi (AP) dan Intan Yusmahani (Hani) di sekitar negeri Perak hujung minggu baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung selama dua hari berturut-turut, dimulakan majlis di Simpang Pulai, rumah Hani yang meriah, memandangkan kali pertama meraikan majlis sebegini. Warna tema, kuning keemasan. Wah! Segala-galanya kuning keemasan, dpd perhiasan kanopi, sehinggalah ke minuman; air oren okeh. Kedua-dua pasangan mempelai bertugas di Putrajaya, maka ramailah juga sahabat handai teman sekerja mereka yang turut hadir memeriahkan. Tidak terkecuali, teman rapat dpd KAERatics  :->
Sesi fotografi diteruskan di luar, dimulakan dengan Kellie's Castle, dan diakhiri dengan Stesen Keretapi Ipoh. Kitorang frust skit sebab tak dpt masuk dlm Kellie's Castle yang bersejarah tuh. Encik kaunter tuh nak pau kitorg ratus ringgit semata-mata sebab pengantin yang nak shoot kat dalam. Malas jek nak bising-bising. Maka, kitorg shoot kat tepi anak sungai bersebalahan dengan castle tuh je. Pon menjadik jugak maa..
Okeh, enjoy the photos uploaded walaupunnnn tak banyak. Mek nak siapkan album yang dah bersusun nih... Apa-apapun, harap kalian dapat merasai mood feeling cintan cintun nih memandangkan sekarang musim meraikan cinta kan.....
Raikan Cinta,
Baby Mohd Afiq (Cukur Jambul | Kajang, SELANGOR)
Saya menghadiri majlis cukur jambul baby Afiq minggu lepas. Nak dijadikan cerita, rupanya Diana kenal rapat dengan teman-teman sekampus saya sewaktu di UPM Serdang dulu. Infact, hubbynya, was my junior in faculty. hehe. So, banyak le citer kuar pasal masa kat kampus dulu...  :-)
Di majlis tersebut, saya dapat saksikan suasana majlis yang berbeza sedikit jika dibandingkan dengan majlis yang pernah dihadiri sebelum ini. Marhaban kali ini dilagukan oleh para jemaah lelaki daripada masjid berdekatan. Dihadiri oleh seluruh ahli keluarga terdekat, majlis penuh kesyukuran ini berlangsung dengan lancar. Cuma baby Afiq je yang nangis tanpa henti di waktu cukur jambul berlangsung. Cian dia, tapi comei, time mama dia dukung je, terus senyap. hehe.
Congrats to Diana, hubbynya Ajaq & seluruh ahli keluarga di atas majlis ini. Dan, terima kasih diucapkan kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama berkongsi detik indah ini. Diharap sabar menanti, koleksi penuh untuk Diana & keluarga akan siap tak lama lagi dah nih. Will buzz you on that.
Take care & Lets Celebrate Luv,